Rabu, 6 April 2011

KEHIDUPAN SEBUAUH TANGGUNGJAWAB

Banyak yang menyebutkan kehidupan adalah sebuah tanggungjawab. Benar memang...kehidupan adalah sebuah tanggungjawab, sama ada kecil atau besar. Paling tidak tanggungjawab terhadap diri kita sendiri. Jika demikian...ini bermakna kita tidak akan terlepas dari sebuah tanggungjawab.

Didalam kehidupan ini, pernah beberapa kali rasanya kita membebaskan diri dari sebuah tanggungjawab. Apalagi sebuah tanggungjawab yang sangat besar dan berat yang kita rasakan. Begitulah juga dengan diri saya sendiri. Bahkan beberapa kali membebaskan diri dari suatu tanggungjawab yang sangat besar bebannya. Namun biarlah semua itu sebagai pengalaman yang terus mematangkan diri, kerana kita tidak akan matang tanpa melalui sesuatu.

Sebenarnaya jika kita memperhatikan firman Allah:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .


Sudut inilah yang selalu kita lupa, termasuk diri saya sendiri. Kita tidak menyedari bahawa Allah lah punca segala sesuatu, yang memberikan kekuatan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Dan sudah tentu tanggungjawab dan ujian yang diberikan itu adalah atas kesanggupan kita. Cuma kadang-kdang jangan sampai kita sombong, dan kita harus siap mendengar nasihat dan mendapatkan ilmu dari siapa sahaja.


Seorang guru selalu menasihatkan dengan uucapannya: "...kalau tidak dimulai dengan pengalaman yang pertama sekarang ini...bilakah kita akan memulainya..? Jadi mulakan dengan sekrang, seterusnya akan mendapatkan ilmu dan pengalamannya...". Sungguh menyakinkan dan inilah yang perlu kita usahakan.


Wallahualam.


AbuHakam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan