Ahad, 5 Jun 2011

BIJAKSANA DENGAN PERBEZAAN


Manusia sememangnya pelbagai. Bermula dari sisi yang nampak oleh mata seperti wajah, bentuk badan, dan sikap, sehinggalah kepada perbezaan cara berfikir dan berpandangan. Perbezaan itulah yang selalu menyebabkan perselisihan diantara manusia. Jika silap cara menyuarakan perbezaan pandangan maka perkara yang dibenci oleh Islam (permusuhan) itu pasti akan terjadi. Sabda nabi saw:
Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci oleh Allah ialah yang paling keras permusuhannya. (Shahih Muslim No.4821)


Di dalam dunia ini ada yang kurang bahkan tidak bijaksana dalam menyuarakan pandangan dan pemikirannya secara peribadi. Yang penting asalkan sudah disuarakan…”aku puas…”. Ini mungkin jenis-jenis manusia yang kurang memperhatikan perbezaan dan kepelbagaian manusia. Sabda NAbi saw:
“Barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sementara ia berada di pihak yang salah, maka akan dibangunkan sebuah rumah baginya di surga paling bawah. Dan barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sementara ia berada pada pihak yang benar, maka akan dibangunkan baginya sebuah rumah di tengah surga…” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)

Namun sebetulnya, ada saat-saat yang mana kita perlu berkeras dengan pandangan dan hujjah kita, terutama keatas perkara-perkara aqidah, jangan sampai diringankan dan diremehkan. Kerana aqidah tidak banyak pilihan, pilihannya hanya dua, kafir atau beriman. Oleh kerana yang demikian kita harus tetap dan berkeras dengan hujjah kita andaikata ada pandangan yang ingin menghakis kesuburan dan kemurnian aqidah Islam yang kita pegang.
Firman Allah yang mafhumnya “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni dosa selain(syirik) itu bagi siapa yang dikehendakinya. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar” )S:an-Niask:48)

“ Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada Nabi-Nabi sebelummu: “Jika kamu mempersekutukan(Allah) niscaya akan hapus amalmua dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi” (az-Zumar:65)


Kembali kepada persoalan perbezaan manusia, maka banyak perkara yang harus bijaksana ketika kita menghadapinya. Jangan sampai terseliuh lidah sehingga mengungkapkan sesuatu yang tidak baik untuk santapan telinga. Pendengar dari kata-kata kita mungkin banyak, dan dari sekian banyak itu ada yang kita dzolimi dengan perkataan kita.