KESIHATAN

Cara Agar Tidur Menjadi Sehat

Tidur tidak perlu lama, yang penting berkualitas. Begitu nasihat ahli konsultasi tentang tidur dari Inggris, Dr Nerina Ramlakan. Menurut dia, tidur sehat sangat penting untuk menyegarkan tubuh. Ramlakhan pun berbagi tips untuk memudahkan tidur sehat. Beberapa hal yang dinilainya sangat penting diperhatikan untuk bisa tidur dengan sehat adalah sebagai berikut.
Diet
Sebaiknya tidak makan menjelang tidur malam. Kata dia, lebih baik mengutamakan sarapan pagi dibanding makan di malam hari. Makan pada kondisi yang tepat akan membantu tubuh untuk menciptakan metabolisme yang sempurna. Yang harus dipastikan menjelang tidur adalah kondisi tubuh cukup mendapatkan suplai makanan, dan tidak berlebihan.
Durasi
Untuk bisa menyegarkan tubuh, tidur tidak harus lama. Mantan perdana menteri Inggris, Margaret Thatcher, juga mantan presiden RI, BJ Habibie, konon hanya memerlukan waktu empat jam untuk memejamkan mata dalam sehari semalam. Namun demikian, Ramlakhan, menyatakan bahwa kebutuhan masing-masing orang bisa jadi berbeda. Orang yang secara fisik bekerja lebih keras, boleh jadi memerlukan waktu tidur lebih lama. Yang penting masing-masing orang bisa mengukur kebutuhan waktu tidur sesuai kondisi fisiknya, dan tidak berlebihan.
Pejam Sekejap
Memanfaatkan sedikit waktu di siang hari untuk bisa istirahat sejenak, dinilainya, juga akan membantu menyegarkan tubuh. Lelap sejenak di siang hari akan membantu menetralkan kondisi tubuh. Winston Churchill, mantan perdana menteri Inggris, termasuk tokoh yang senang lelap sebentar di siang hari.
Mimpi
Mimpi dalam tidur juga tidak boleh diabaikan untuk tidur cerdas. Mimpi bisa jadi merupakan pancaran memori yang tersimpan dalam otak. “Saya menyarankan semua orang agar memperhatikan mimpi seperti memperhatikan teman sendiri,” kata Ramlakhan. Menurut dia, mimpi juga bisa menjadi cermin dari persoalan hidup yang dihadapi seseorang. Dengan mengingat mimpi, orang bisa mendapat alat bantu untuk memecahkan masalahnya.
Lokasi
Tempat untuk tidur juga menjadi faktor yang menentukan. Orang yang tidur dengan tidak sengaja di sembarang tempat akan sulit mendapatkan kesegaran saat bangun. Mereka yang bisa dengan sengaja memilih tempat yang nyaman untuk tidur, akan lebih cerah kondisi fisiknya saat terbangun.
Gerak Badan
Menggerakkan badan atau olahraga juga bisa meningkatkan kualitas tidur. Olahraga akan melancarkan peredaran darah, dan menambah semangat untuk beraktivitas. “Selain itu, olahraga juga membantu menormalkan produksi hormon yang bisa membantu kenyamanan saat tidur,” ujar dia.

________________________________________________________________

Kemudian, kira-kira lima bulan lepas, kaki kirinya pula terpaksa dipotong kerana masalah yang sama. Tambah malang lagi, beliau kini terpaksa turun naik mahkamah syariah kerana isterinya menuntut cerai, lantaran beliau tidak lagi mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri dan anak-anaknya.
Itulah kisah seorang pesakit kencing manis. Mungkin ada kisah pesakit yang lebih dasyat daripada itu. Hakikatnya pesakit kencing manis berdepan dengan pelbagai komplikasi jika penyakit ini tidak terkawal. Penting sekali bagi pesakit kencing manis merenung sejenak keadaan mereka. Berapakah paras gula dalam darah? Adakah ia terkawal?
Tahukah anda bagi setiap 100 orang berumur 30 tahun ke atas yang anda temui di Malaysia, dianggarkan 15 daripadanya menghidap diabetes atau kencing manis. Ini merupakan satu peningkatan yang amat ketara berbanding pada tahun 1998 hanya lapan orang penghidap kencing manis bagi setiap 100 orang dewasa.
Manakala tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III yang dijalankan di seluruh Malaysia pada tahun 2006 menunjukkan prevalens diabetes di kalangan penduduk berumur 30 tahun ke atas ialah 14.9 peratus. Bagi penduduk dewasa yang berjumlah 7.8 juta orang (berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000), dianggarkan seramai 1.2 juta orang menghidap penyakit kencing manis.
Sementara prevalens di kalangan penduduk berumur 18 tahun ke atas ialah 11.6 peratus. Negeri yang paling tinggi peratusan penghidap kencing manis ialah Negeri Sembilan, diikuti oleh Melaka, Pulau Pinang dan Kedah. Manakala negeri yang masih mengekalkan gaya hidup tradisional seperti Sabah dan Sarawak didapati rendah peratusan penghidap diabetes, berbanding dengan negeri lain.
Diabetes atau penyakit kencing manis adalah salah satu penyakit kronik di mana paras gula dalam darah didapati berlebihan. Gula sebenarnya adalah pembekal tenaga yang utama kepada seseorang. Ia ibarat petrol atau diesel bagi kereta. Apabila badan kekurangan gula, ia akan mengalami keletihan dan tidak bermaya. Tetapi jika sekiranya gula berlebihan dalam darah, ia bertukar menjadi racun dalam badan dan saluran darah seterusnya menjejaskan fungsi jantung, mata, saraf dan buah pinggang.
Gula dalam darah seseorang akan ditukar menjadi tenaga oleh hormon insulin, yang dikeluarkan oleh kelenjar pankreas.
Penyakit kencing manis terjadi apabila badan kekurangan hormon insulin, atau insulin tidak dapat berfungsi dengan berkesan oleh sebab-sebab tertentu. Akibatnya paras gula dalam darah akan menjadi tinggi sehingga menyebabkan penyakit ini.
Bagi setiap 10 orang penghidap diabetes yang tidak terkawal, tiga daripadanya akan mengalami kerosakan organ-organ penting, yang akan berakhir dengan sakit jantung, lumpuh, buta, kerosakan buah pinggang, sesetengah anggota badan terpaksa dibuang dan masalah hubungan seksual.
Mengikut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III, menunjukkan sebahagian besar daripada penghidap diabetes di Malaysia tidak terkawal. Ini dibuktikan oleh beberapa kajian lain, termasuk oleh penyelidik dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan kadar HbA1c pesakit yang mendapat rawatan di hospital adalah di antara 10.0 hingga 14.5 peratus, jauh melebihi paras kawalan yang dikehendaki, iaitu 6.5 peratus.
Ini bermakna, masyarakat di Malaysia berdepan dengan dua masalah utama. Pertama, bilangan pesakit diabetes meningkat dengan ketara dan yang kedua, diabetes tidak terkawal dan berdepan dengan pelbagai komplikasi dan boleh membawa maut.
Mengapa perkara ini berlaku?
Punca yang paling utama ialah perubahan gaya hidup. Dari gaya hidup yang aktif bertukar kepada gaya hidup yang tidak aktif. Kalau dulu sebahagian besar penduduk menggunakan tenaga untuk menjalankan kerja harian meraka, sama ada kerja dalam rumah atau di luar rumah.
Bermula dari memasak, membasuh pakaian, perjalanan serta pelbagai kerja harian dulunya dijalankan sendiri tanpa bantu alat atau mesin. Sekarang itu semua tidak diamalkan. Semuanya dibantu oleh pelbagai mesin. Kita tidak lagi menggunakan tenaga.
Tambahan pula sebahagian besar dari penduduk Malaysia tidak aktif dan tidak melakukan senaman, terutamanya penduduk di kawasan bandar. Sedangkan jumlah makanan dan tenaga yang tercetus dari makanan adalah sama. Tenaga yang berlebihan ini terkumpul dan akhirnya akan mengakibatkan diabetes. Bagi penghidap diabetes, keadaan diabetes mereka menjadi tidak terkawal.
Penyumbang kedua ialah pengambilan gula dan susu pekat manis yang berlebihan sama ada dalam minuman, kuih-muih dan makanan. Setiap kali musim perayaan kita sering kali berdepan dengan masalah kekurangan gula di pasaran. Dan kita juga antara negara yang paling banyak penggunaan gula di dunia!
Perkara yang ketiga ialah kita makan banyak! Banyak daripada segi kuantiti dan juga kekerapan. Tengok saja di musim hari raya yang kita sambut setiap tahun, rumah-rumah terbuka yang diadakan. Dan kita pula menjamukan diri kita sepuas-puasnya.
Tidak dinafikan terdapat penyebab diabetes yang lain seperti faktor genetik dan keturunan, kerosakan pankreas dan akibat penggunaan ubat tertentu. Tetapi ia merupakan faktor yang kecil dan sebahagiannya dapat dielakkan. Faktor yang utama ialah amalan pemakanan dan gaya hidup yang kita amalkan
Bagaimana mencegah dan mengawal penyakit diabetes?
gaya hidup sihatAda tiga perkara asas yang harus dilakukan untuk mencegah dan mengawal diabetes iaitu amalkan gaya hidup yang aktif, kawal makan dan minum, dan yang terakhir ialah ambil ubat yang sesuai. Kalau setiap orang secara istiqamah mengamalkan tiga perkara asas ini, dipercayai mereka akan kekal sihat sepanjang hayat.
Untuk mengamalkan gaya hidup yang aktif adalah tidak sukar jika kita jadikan ia keutamaan dalam hidup kita. Cubalah berjalan kaki berbanding naik motor atau kereta, naik tangga berbanding naik lif, serta pelbagai amalan lain yang membolehkan kita aktif.
Bagi mereka yang bekerja pejabat, luangkan masa untuk bersukan atau bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama setengah jam setiap kali.
Kita sering memberi alasan kesuntukan masa untuk melakukan aktiviti tersebut, tetapi apabila berdepan dengan musibah seperti strok, serangan jantung, kerosakan buah pinggang, barulah kita ada masa untuk melakukan senaman dan lain-lain aktiviti. Malangnya ketika itu, ia telah terlambat.

sumber : Utusan Malaysia 12/

___________________________________________________________

Kawal Kencing Manis Elak Penyakit Buah Pinggang Kronik
.....................................................................................................................

Punca utama penyakit ini adalahpenyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi yang gagal dikawal dengan baik.
Apabila kesihatan pesakit buah pinggang semakin merosot, mereka berkemungkinan besar tidak ada pilihan kecuali bergantung kepada rawatan dialisis sepanjang hayat mereka.
Pemeriksaan awal
Masyarakat perlu meningkatkan tahap kesedaran tentang pentingnya melakukan pemeriksaan awal dan komprehensif, khususnya di kalangan mereka dalam kategori berisiko tinggi seperti penghidap kencing manis dan darah tinggi.
Pengerusi Lembaga Pengurus NKF, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd. Zaher berkata, masyarakat perlu mempunyai kesedaran tinggi tentang pentingnya memiliki buah pinggang yang sihat untuk berfungsi menapis dan membersih 200 liter darah setiap hari. Sekali gus bagi mengawal tekanan darah yang merupakan antara penyebab utama penyakit buah pinggang kronik.
“Kira-kira lima liter darah mengalir di dalam badan kita. Buah pinggang kita menapis dan membersih kuantiti darah ini sebanyak 40 kali setiap hari.
“Ini bersamaan dengan 200 liter darah iaitu sejumlah yang boleh diisi ke dalam 200 botol,” katanya.
Selain itu menurut Dr. Zaki, organ tersebut juga menghasilkan hormon penting yang merangsang sumsum tulang bagi membentuk sel-sel darah merah, mengawal tekanan darah dan memastikan tulang sihat dan kuat.
Penyakit buah pinggang menjadi kronik apabila ia mula hilang kemampuan untuk berfungsi secara beransur-ansur.
Penyakit ini merupakan sejenis penyakit yang menyerang secara senyap dan sering tidak disedari kewujudannya kerana ia tidak boleh dirasai.
Walaupun kadar kelaziman penyakit buah pinggang kronik agak tinggi dan berbahaya ia sebenarnya masih mempunyai peluang untuk dirawat.
Katanya, penyakit buah pinggang kronik lazimnya berlaku apabila seseorang individu mengalami masalah albumin berlebihan dalam air kencing atau berlaku penurunan mendadak pada fungsi buah pinggang.
Apabila penyakit buah pinggang kronik tidak dikawal pada peringkat awal ia akan mengakibatkan kerosakan buah pinggang, maka proses berikutnya adalah dialisis atau pemindahan buah pinggang.
Bagaimanapun tegasnya, pelbagai rintangan dan kesukaran dalam mendapatkan buah pinggang baru .
”Hal ini akan menyebabkan ramai pesakit memilih untuk kaedah rawatan hemodialisis atau dialisis peritoneal,” katanya lagi.
Di Malaysia katanya, terdapat hampir 20,000 orang pesakit yang memerlukan rawatan dialisis.
Disebabkan kos rawatan dialisis agak tinggi, kerajaan telah memberikan subsidi kepada pesakit yang miskin dan kurang berkemampuan.
“Pihak yayasan juga giat membantu Kementerian Kesihatan dalam mengenal pasti pesakit yang benar-benar memerlukan bantuan bagi menanggung kos rawatan dialisis yang semakin meningkat dari masa ke semasa,” katanya.
Mengulas lebih lanjut mengenai NKF, Dr. Zaki memberitahu, yayasan tesebut kini mempunyai 23 buah pusat dialisis dan bertindak sebagai pembekal perkhidmatan dialisis utama di negara ini.
”Namun dewasa ini, tumpuan kami tidak terbatas kepada penyediaan perkhidmatan dialisis semata-mata,” katanya.
Jelasnya lagi, di negara ini hampir 55 peratus daripada pesakit dialisis baru adalah penghidap kencing manis dan hasil dialisis adalah kritikal bagi mereka yang menghidap kencing manis.
Malangnya, penyakit kencing manis jenis dua ini tidak dapat dikesan untuk selama bertahun-tahun.
”Pada ketika itu, pengambilan gula berlebihan tanpa kawalan boleh mengakibatkan kerosakan tisu dan organ pada badan seperti saluran darah, mata dan buah pinggang,” ujarnya.
Maka dengan itu saringan kesihatan, khususnya ujian air kencing dan juga pemeriksaan darah, adalah perlu bagi rakyat Malaysia.
Pemeriksaan ini bertujuan bagi memupuk kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang bahaya penyakit kencing manis serta kaedah pencegahannya.
sumber : Utusan Malaysia1/2009