Jumaat, 10 Jun 2011

KEDATANGAN REJAB

Sesungguhnya Allah itu Maha pemurah kepada hamba-hamba-Nya, kemurahannya meletakkan kita kembali pada bulan Rejab 1432H. Bahkan hari ini, tepat jumaat pertama dalam bulan yang termasuk dalam Syahrul Hurum yakni bulan-bulan Haram. Rejab termasuk bulan-bulan yang dihormati, firman Allah Swt:


إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ
Sesungguhnya, bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus ....” (QS. At-Taubah:36)
Keterangan:
·         Yang dimaksud “empat bulan haram” adalah bulan Dzulqa'dah, Dzulhijjah, Muharram (tiga bulan ini berurutan), dan Rajab.
·         Disebut “bulan haram” karena bulan ini dimuliakan masyarakat Arab, sejak zaman jahiliah sampai zaman Islam. Pada bulan-bulan haram, tidak boleh ada peperangan.
·         Az-Zuhri mengatakan, “Dahulu, para sahabat menghormati syahrul hurum.” (HR. Abdur Razaq)
Namun kesempatan ini saya tidak membicarakan kelebihan-kelebihan yang sering dibicarakan pada  bulan Rejab ini. Sisi lain yang harus kita renungi adalah kesempaan yang Allah berikan kepada kita. Kita adalah sebagai calon yang bakal berjumpa dengan bulan yang penuh kemuliaan, syahrul ibadah…syahrul Mubarak…syahrul maghfirah yang penuh dengan kurniaan Allah Swt. Setiap kita berhak untuk medapatkan kelebihan yang ada padanya. Namun apakah diri ini termasuk orang yang beruntung meneguk kemanisan kurniaan Allah ini…?.
Sebagai seorang hamba…, pada bulan Rejab inilah kita menggandakan usaha, untuk berlatih…,seakan-akan kita bakal menempuh sebuah pertempuran akbar. Jika tekun kita berlatih, menajamkan keimanan, memperkukuhkan perisai-perisai taqwa, maka ada peluang untuk kita memenangi petempuran melawan serangan hawa nafsu yang diperkudakkan oleh syaitan laknatullah. Rejab…, kita jadikan tapak semaian untuk memperbanyakkan shoim, bermula dengan shoim isnin-khomis, sehinggalah menyelangkan puasa dengan berbuka (namun janganlah diniatkan kerana kelebihan Rejab).
Sebagai hamba…, yang menyedari akan keberadaannya sebagai hamba, tiada lain yang mereka harapkan melainkan menggapai keredhoaan Penciptanya yakni Allah. Namun perjuangan untuk mencapainya bukan mudah. Kita harus sanggup mengorbankan sebahagian malam, terbiasa dengan rasa lapar, membersihkan lisan dari segala ucapan menghina, ,mencela dan mengaibkan orang lain. Hanya dengan hati yang bersih inilah kita akan mampu untuk dekat dan merasakan kenikmatan dengan Allah. Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk menjadi hamba yang Engkau kasihi.
Pembaca yang budiman, dibawah ini ingin saya kongsikan kutipan sebagai maklumat berkaitan bulan Rejab  semoga bermanfaat kepada kita:
(https://albaruhiyy.wordpress.com)
Soalan :
Ustaz, saya nak tanya hukum berpuasa hari jumaat sunat 1 rejab?
Jawapan :
Terdapat larangan Nabi daripada berpuasa hari jumaat. Jumhur ulama mengatakan hukumnya makruh kecuali jika berpuasa sehari sebelum atau sehari selepasnya. Atau jika mengenai adat puasa sunatnya, atau mengenai puasa sunat lain seperti sunat hari Arafah dan Asyura. Maka ketika itu tidak makruh, bahkan sunat.
Sabda Nabi s.a.w.
لا يصومن أحدكم يوم الجمعة إلا أن يصوم يوماً قبله أو يوماً بعده

Maksudnya : “Tidak berpuasa seorang kamu akan hari jumaat kecuali ia berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya”.
Dalam hadis lain Nabi bersabda :
لا تخصوا يوم الجمعة بصيام ولا ليلتها بقيام

Maksudnya ; “Jangan kamu mengkhususkan hari dan malam Jumaat dengan ibadat puasa atau sembahyang”.

Manakala puasa bulan Rejab pula, tiada hadis sahih meriwayatkan kelebihan berpuasa dalam bulan tersebut. Kata Ibn Hajar al-Asqalani : “Tidak datang satu pun hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan rejab, sama ada berkaitan puasa dalamnya, puasa sebahagian hari tertentu daripadanya, atau melakukan qiyamullail khusus pada malam harinya…” (Tabyin al-Ujab Fima warada Fi Fadl al-Rajab, hlm 6)

Kata beliau lagi : “Adapun hadis-hadis yang datang tentang kelebihan bulan Rejab atau kelebihan berpuasa bulan tersebut atau berpuasa hari tertentu daripadanya secara soreh (jelas) terbahagi kepada dua jenis. Pertama, hadis dhaif, kedua mawduk (rekaan). Dan kami mendatangkan hadis-hadis dhaif dan kami tunjukkan hadis-hadis mawduk secara pemahaman. (Tabyin al-Ujab Fima warada Fi Fadl al-Rajab) 

Oleh kerana tidak ada hadis yang sahih berkenaan puasa bulan Rejab, ia bukan bermakna tidak boleh berpuasa sunat pada bulan Rejab. Ia boleh dilakukan sekiranya termasuk dalam dalil sunat umum seperti sunat puasa hari Isnin dan Khamis, tiga hari setiap bulan (bulan penuh), atau puasa selang seli.

Puasa yang dilarang ialah :
1) sekiranya dikhususkan setiap tahun mengikut fahaman orang awam seolah-olah ia menjadi fardhu seperti Ramadhan.
2) Dilarang apabila diiktikad puasa Rejab sunat dan sabit seperti sunat lain.
3) Dilarang apabila ada iktikad bahawa puasa dikhususkan pada bulan Rejab kerana ada kelebihan pahala dalamnya.





Oleh itu, lebih baik ditinggalkan perkara yang diragukan. Lakukanlah puasa sunat yang sabit dengan hadis sahih seperti puasa hari isnin dan khamis dan sebagainya. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan